Popular Posts

Thursday 23 October 2014

Foto..Foto..foto...

Umi & Bambam...selfie...

Damia & Humaira sama2 kiut miut

Yaseer peace....yo

Pelajar tahun 6

Abi bagi ceramah sikit.....

Saturday 18 October 2014

Bicara Kata...




Janganlah kamu berkata-kata jika kamu tidak bisa berbicara tentang kebaikkan...kerana setiap saat perkara yang akan kita perkatakan akan sentiasa ada baik dan buruknya..Brdiamlah jika tidak mampu untuk berkata dengan baik....



UmmuJamaya

Tuesday 14 October 2014

Berbekam..

Hadith Rasulullah s.a.w..

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al -hijamah". HR Ahmad


Bekam

Selesai membekam seorang teman alhamdulillah....



Monday 13 October 2014

Sendiri...



Assalamualaikum........

Hari dengan izin dariNya...aku dapat bernafas lagi...seperti biasa ke sekolah tapi hari ini sendiri dengan anak2 sebab Abinya rehat dirumah dengan c si kecik...oklah rehatlah abi ok....

bawa kereta risau juga dengan berlambak kereta di jalanan tapi buat2 yakin ja...anak perempuan sampai tanya umi pandaikah bawa p jalan besar...emmm dalam hati bertuah nya anakku ini bukan bagi support...tapi muka tu buat2 yakin ja supaya senang hati dengar lagu ja..huhuhu ...tapi dalam hati bergegar beb....

oklah ...mo tengok budak2 yang akan exam SRU (sijil Rendah Ugama ) diharapkan semunya boleh dapat MUMTAZ...banggakan diri,ibubapa,guru dan sekolah.....chaiyok2....bye....

Friday 10 October 2014

Taubat Nasuha

          Daripada Abu Abdurrahman,Abdullah bin Umar bin Khatthab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : " Dahulu sebelum kamu, ada 3 orang berjalan jalan kemudian mereka berteduh di sebuah gua, sedang mereka berehat didalam gua itu lalu sebuah batu tiba tiba bergolek sehingga menutup pintu gua tersebut.

          Salah seorang dari mereka berkata " Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu kecuali dengan berdoa dan menyebut amalan amalan kamu kepada Allah s.w.t."

Kasihkan Ibu Bapa
           Lalu berdoalah seorang daripada mereka " Ya Allah aku mempunyai ibubapa yang sangat tua,setiap hari sebelum memberi susu kepada isteri dan anak anak ku aku terlebih dulu memberikan susu itu pada kedua orang tua ku.Pada suatu hari sewaktu aku sedang mencari kayu api di hutan dan terlambat pulang ke tempat orangtua ku.Apabila sampai dirumah kudapati orangtua ku telah tertidur..dan aku berjanji tidak akan memberikan susu ini kepada keluargaku sebelum orang tua ku terlebih dahulu.
            Aku menunggu sehingga terbit fajar,anak anak ku bertangisan menahan lapar...setelah itu kedua orangtuaku bangun dari tidur lalu kuberikan susu itu kepada mereka..setelah itu barulah kuberikan pada isteri dan anak anakku. " wahai Allah jika apa yang kulakukan itu untuk mengharapkan wajahmu ku mohon ya Allah agar gerakkanlah batu itu".lantas batu itu bergerak sedikit tapi belum cukup membuka luas pintu gua itu.

Kutolak Zina
            lalu berdoa lagi orang yang kedua.." Wahai Allah aku mempunyai seorang sepupu perempuan yang sangat cantik, sehinggakan aku mahu mengajaknya untuk melakukan zina tetapi dia menolaknya.selang beberapa hari sepupuku itu mengalami suatu kesusahan dan ingin meminjam wang sebanyak 120 dinar kepadaku..lantas ku katakan kepadanya yang aku akan memberikan wang itu dengan syarat dia mahu melakukan zina denganku.Disebabkan terlalu terdesak dia bersetuju untuk melakukan zina denganku.
             Sewaktu kami sedang ingin melakukan zina lalu Sepupuku itu berkata " Takutlah kamu dengan Allah s.w.t sesungguhnya jika kau ingin melakukan itu lakukanlah dengan cara yang benar.setelah mendengarkan itu aku lantas meninggalkan dia dan aku redakan apa yang telah kuberikan padanya. " Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan itu hanya untuk mendapatkan redamu gerakkanlah batu itu".Maka bergeraklah batu itu sedikit namun belum juga dapat membenarkan mereka untuk keluar.


Gajimu Seluruh Hartaku
              Berdirilah orang yang ketiga lalu menadahkan tangannya " Ya Allah aku mempunyai beberapa orang pekerja dan kuberikan mereka gaji melainkan seorang pekerja yang tiba tiba menghilangkan diri.Aku tidak dapat memberikan gaji itu kepadanya lalu dengan wang gajinya itu aku telah membeli beberapa ekor lembu untuk ku pelihara.ternakan ku itu sangat menjadi sehingga terlalu banyak.Suatu hari pekerja ku datang menagih gaji yang belum diperolehi lalu kukatakan padanya lihatlah pada ternakan lembu,kambing dan unta itu maka semua itulah gajimu termasuk si pengembala ternakan itu. Lalu dia pun berkata " Ya tuan janganlah kau mempermainkan ku, dan aku menjawab bahawa aku tidak mempermainkannya, dengan senang hati dia mengambil kesemuanya tanpa meninggalkan sedikit pun untukku."
              " Ya Allah sesungguhnya jika apa yang aku lakukan itu hanya untuk mendapatkan redamu gerakkanlah batu itu.."Akhirnya batu itu bergerak seluas luasnya dan membolehkan mereka bertiga keluar dari gua itu....


Apa yang kita perolehi daripada cerita ini.

1. Kita dianjurkan berdoa disaat saat genting dan sukar atas dasar melaksanakan perintah Allah.
2. Menjalinkan hubungan dengan Allah dengan cara yang disyariatkan yakni dengan amal yang              soleh.
3. Taqwa merupakan suatu penyelamat terutama apabila berdepan dengan sesuatu yang sukar.
4. keutamaan berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih dari yang lain....
5. menepati janji adalah tanda kesempurnaan iman.

    Sebagai seorang muslim sentiasalah berusaha untuk menjadi seorang muslim yang sejati....

Wednesday 8 October 2014

Al quran


Assalamualaikum.....


Al quran 

Penyuluh hidup setiap insan...namun ia sering dicari bila mana insan itu dilanda musibah..mengapa tidak ia dijadikan sebagai teman yang boleh membuat kan hati kita merasa rindu dan dekat denganNya....

"Ya Allah jadikan anak anakku manusia yang sering berdampingan dengan Al quran ,insan yang tak pernah tinggalkan solat menjadi muslim dan muslimah yang mencintai mu Ya Allah."...

Surah Toha